8 October 2001

Aii cayang

Dok buat apa ek? Dah makan? Dah mandi? Emm... hari ni Linda bangun awa. Kucing ni kejut Linda bangun. Dia jilat kaki Linda. Ok gok. Pas tu Linda mandi, kemas rumah, basuh kain, sidai kain. Lastly Linda goreng nasi, adik Linda nak gi sekolah. Pas tu Linda tipon dia. Adik Linda suruh simpan yang nombor 3 + 4 (Happy Meal tu) kita orang nak letak dalam aquarium ok tak?

Emm, bila kita nak jumpa nie. Nanti kita gi taasik nak? Linda teringin nak gi sana. Tak kisah la tasik Jaya ker, Perdana ker, tak pun UPM ok gak. Orang rindu kat dia ni, cayang dia. Tanak datang sini ke? Linda kat rumah ni, tak gi mana-mana, dok rumah, kemas rumah, main ngan kakak. Dia sekarang pandai buat lawak bangang tapi best gak jadi cam budak-budak lak.

Awat kat sana jaga diri tau. Jangan bawak motor laju-laju. Orang risau tau. Makan tu jangan lupa lak. Jangan lupa doa untuk kita ek. Lagi satu ingat Linda sokmo ok.

Linda nak sambung baca diari ni, sekarang ni Linda sorang jer kat rumah. Abah Linda balik kul 5. Adik Linda semua gi sekolah. Ok lah Linda stop dulu ek. Mmuuuaah, sayang dia.

Semekom...
Orang jeles ni, kena berhenti dulu emmm.
Sabar jer la den..

Linda sedih ni... orang sedih ni. Sekarang ni Linda rasa macam Linda ni... tak elok Linda fikir cam ni tapi cam tu la yang Linda rasa. Apa-apa pun Linda mintak maaf. Linda rasa macam malas nak jumpa dia. Linda rasa macam malas nak baca dah. Orang sedih tau ikh ikh ikh.

Sekarang ni Radio Muzik ada lagu Permaisuri. Dulu lagu ni memang best, memang Linda kena dengar. Linda suka sangat lagu ni. Linda boleh menari-nari dengar lagu ni. Sekarang lagu ni lama dah Linda tak dengar. Tiba-tiba ada lak kat Radio Muzik. Linda rasa sedih sangat. Linda nangis.

No comments:

Post a Comment